Tuesday, April 1, 2008

My Biodata :Bukan Pehin BUjang Senang Pehin ATM

Nama : YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Hj Abdul Taib Bin Mahmud
Parti : Barisan Nasional-PBB
Jawatan : Ahli Parlimen Dan Ketua Menteri Sarawak
Alamat Pejabat : Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-440801
Faks: 082-449186
Laman Web / Email: www.cm.sarawak.gov.my

YAB. Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Hj Abdul Taib Bin Mahmud telah dilahirkan di Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936.Beliau mendapat pendidikan rendah di St.Joseph School,Miri dan pendidikan menengah di St. Joseph�s Institution, Kuching.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti of Adelaide,South Australia dan dianugerahkan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pada tahun 1960. Beliau juga pernah mengikuti pengajian lepasan ijazah di Harvard International Seminar, Amerika Syarikat pada tahun 1964.

Beliau memulakan keriernya pada tahun 1961 sebagai Judge�s Associate di South Australia dan kemudiannya sebagai Crown Council pada tahun1962 hingga 1963. Pada tahun 1963, YAB Tan Sri telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan kerjaya di bawah pemerintahan Ketua Menteri Sarawak yang pertama, YAB Datuk Stephen Kalong Ningkan.Semenjak itu, beliau telah memegang beberapa jawatan-jawatan penting dalam Kabinet Sarawak. Antaranya ialah Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sarawak (1963-1968), Menteri Pembangunan dan Perhutanan Sarawak (1966-1967) dan Setiausaha Agung Parti Bumiputera Sarawak (1965-1972).

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong kepada Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia (1968-1970) sebelum memenangi kerusi Parlimen Samarahan buat kali pertama pada tahun 1970 hingga kini.Sehingga tahun 1981, YAB Tan Sri telah berpeluang untuk menduduki Kabinet Kerajaan Pusat dalam beberapa Kementerian seperti Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,(1970-1972), Timbalan Menteri Kerja Raya,Telekomunikasi dan Pos(1970-1972), Menteri Galian Asli(1972-1974), Menteri Perancangan Awam dan Penyelidikan Sosio-ekonomi (1974-1975), Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas (Ogos 1975), Menteri Perusahaan Utama (Januari 1978), Menteri Pertahanan (Julai 1978) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980-1987).

Pada tahun 1981, YAB Tan Sri telah memenangi kerusi DUN Sebandi (kini Asajaya).Kemudian,beliau telah dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian Sarawak sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional Sarawak hingga kini.Pada Pilihanraya Ke 11 lalu, YAB Tan Sri telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Samarahan yang dimenanginya sejak tahun 1970 tanpa bertanding.
Selain aktif berpolitik dan menjalankan pentadbiran negeri, YAB Tan Sri turut giat melibatkan diri dalam aktiviti social. Beliau kini merupakan Presiden PERKIM sejak Disember 1989, Presiden Regional Islamic Dakwah Council of South East Asia & Pasific (RISEAP) semenjak September 1988 dan Presiden Sarawak National Youth Association (Saberkas) mulai 1981.Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Kongres Muslim Malaysia Timur Sarawak (1963-1966), Naib Presiden Sarawak Boy Scout Movement (1963-1966), Naib Presiden Sarawak Scout Council 1964-1968, Presiden Malaysian Inter-Religious Organisation (1971-1974) dan Ahli Lembaga Yayasan Sains, Teknologi dan Pembangunan Islam (1981).

YAB Tan Sri turut mempunyai keahlian dalam beberapa organisasi professional seperti Malaysian Institut of Management sejak 1972, Institut of Republic Relation Malaysia (IPRM) sejak 1989, Islamic Ademy of Sciences Amman, Jordan sejak April 1998 . dan Mayo Clinic Alumni Association, Bochester, Amerika Syarikat sejak 1998.YAB Tan Sri juga pernah dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia pada tahun 1995 dan Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak tahun 1995.

Beliau yang kini menetap di Demak Jaya, Kuching elah mendirikan rumahtangga denga isterinya, Datuk Amar Puan Sri Hajah Laila dan di kurniakan empat orang anak.

No comments: