KISAH AIRASIA, BADAWI, SINGAPURA
Written by Space 1999 , on 02-03-2008 00:09, 00:09 Kawan-kawan, pasang tali pinggang anda. Saya ada satu hikayat yang sedang terjalin dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Ini baru kisah di permukaan sahaja. Memang panas kisah ini . Mungkin anda mahu menekan butang loncat anda selepas membacanya: Pertama, pemegang saham yang besar-besar ke atas AirAsia (sama ada secara terus, tidak langsung melalui proksi, dan sebagainya) adalah Kamaludin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (yang turut terlibat dengan Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez dan sebagainya. Kita memang sudah tahu kisah AirAsia. Saya ingatkan ini kisah si papa kedana naik menjadi kaya-raya. Rupanya kisah papa kedana itu terlalu samar dan kabur kisahnya. Tiga tahun dahulu ketika MAS melakukan kerja-kerja penyusunan semula organisasi itu, Tony Fernandez dan AirAsia naik angin membuatkan mereka bertindak pantas dan ganas. Sebelum kita teruskan anda mungkin mahu tahu kenapa MAS terpaksa menanggung kerja-kerja penyusunan sekali lagi? Kisah itu akan kita ceritakan di hari lain tetapi ingatlah bahawasanya adik Badawi yang bernama Ibrahim adalah tua punya syarikat pembekal katering makanan (bernama Skychef?) yang satu ketika dahulu pernah mengenakan harga RM35 bagi satu peti air mineral kepada MAS. Dengan harga semacam itu sudah pasti MAS perlu disusun semula. Apa pun, berbalik kepada kisah AirAsia tadi, syarikat itu telah membabitkan kerajaan (gomen) agar diadakan kerja-kerja serasian laluan domestik di Malaysia . AirAsia telah meminta kerajaan memberikannya laluan yang diusahakan oleh MAS di Sabah dan Sarawak . Mereka berhujah bahawa MAS boleh teruskan penerbangan di Semenanjung sahaja. Walaupun MAS membantah, permohonan AsiaAsia telah diberikan perkenan oleh kerajaan. Akan tetapi itu bukan calang-calang permohonan. Zaki, seorang budak suruhan (Khairy Jamaludin?) di tingkat empat, di Jabatan Perdana Menteri, telah membantu untuk memakbulkan permohonan AirAsia. Apabila MAS kehilangan laluan Sabah dan Sarawak sudah tentu ia menampung lebihan kakitangan yang perlu ditamatkan perkhidmatannya. Jadi MAS atur rencana VSS (Skim Bersara Secara Sukarela). Dengan itu MAS mengemukakan tuntutan: oleh kerana AirAsia mengambil alih laluan Sabah, Sarawak , menyebabkan MAS memiliki lebihan tenaga kerja, dengan itu MAS mahu AirAsia memberikannya pampasan. Semua pihak (Gomen, MAS dan juga AirAsia) bersetuju bahawa pampasan dibayar kepada MAS. Tetapi AirAsia tidak mahu membayar apa-apa. Akhirnya Gomen (yakni kita semualah tukang bayar cukai) yang membayarnya. Itulah wang yang digunakan oleh MAS untuk Skim VSS yang merupakan paling mahal dalam sejarah negara ini. Kalau saudara naik darah, hentikan membaca dulu, dan biarkan badan rasa dingin dahulu kerana kisah ini bukannya boleh bertambah baik jalan ceritanya. Kemudian itu, dalam tempoh satu tahun sahaja, AirAsia mula sedar bahawa laluan Sabah dan Sarawak itu bukannya menguntungkan. MAS memberikan khidmat negara di Sabah dan Sarawak . Bayangkanlah... bukannya menguntungkan membawa kambing dan ayam di sepanjang laluan itu. Ini bukannya satu masalah besar. AirAsia merengek lagi. Mereka desak Gomen agar dikembalikan laluan itu semula kepada MAS. Sekali lagi MAS membantah. Sekali lagi MAS kalah kerana kes itu dianggap ‘not relevant’. Masalah timbul apabila diadakan majlis serah semula laluan bersama pesawat terbangnya. Semasa AirAsia mengambil alih laluan itu dahulu, AirAsia telah mengambil-alih tujuh buah pesawat terbang MAS yang dalam keadaan baik (memang MAS mempunyai rekod cemerlang senggaraan pesawat terbang di dunia ini) Akan tetapi, semasa AirAsia memulangkan semula pesawat terbang itu kepada MAS, hanya sebuah pesawat dalam keadaan boleh terbang. Enam pesawat lain telah terbengkalai di landasan, dan tidak layak untuk diterbangkan. Rupa-rupanya, AirAsia telah melakukan kerja-kerja ‘cannibalising’ (yakni tanggalkan alat pesawat untuk dijadikan bahan gantian pesawat terbang yang lain). Enam pesawat terbang dibogelkan untuk membolehkan sebuah pesawat terus terbang. MAS membantah sekali lagi. Sekali lagi bantahan itu ditolak oleh gomen. Ini merupakan satu subsidi memperkayakan AirAsia agar terus meraih keuntungan. Kemudian AirAsia mula mengendeng laluan KL- Singapura yang mewah itu. Kali ini ketatkan tali keledar anda. Kisah seterusnya akan mengejutkan. Cuma mereka ambil konar sana-sini dahulu. Mereka berhujah mahu mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa. Memang ada laluan yang mereka cuba tetapi ketahuilah bahawa laluan antarabangsa memang amat mencabar. Dalam hal ini Zaki, Khairy, Kalimullah ataupun Kamaludin tidak mampu berbuat apa-apa. Akan tetapi, laluan KL-Singapura adalah satu laluan yang memberikan keuntungan RM40 juta kepada MAS. Inilah mahkota segala usaha dan AirAsia mengidamkannya. Mereka pun memasang harapan sekali lagi. Ia telah diperkenan. Beginilah cara mereka lakukan. Usaha Air-Asia mahu memasuki sektor KL-Singapura telah dibincangkan pertama kali oleh Kabinet semasa Abdullah Badawi pergi bercuti. Najib telah mempengerusikan sidang kabinet yang menolak permohonan AirAsia. Permohonan itu telah ditolak kerana dua alasan: i. Menjelang 2009, keseluruhan ASEAN akan mengamalkan konsep angkasa terbuka. Pesawat negara ASEAN boleh terbang ke mana sahaja dalam rantau ASEAN tanpa sekatan. Dengan demikian apa perlunya membuka laluan KL-Singapura secara tergesa-gesa? ii. Kalaulah penerbangan bajet (budget flights) dibenarkan antara KL-Singapura, ia akan menjadikan KLIA sebuah lapangan terbang yang akan pupus secara perlahan-lahan. KLIA akan menjadi satu ‘feeder airport’ yang mengangkut penumpang untuk lapangan terbang Changi. Penumpang akan naik pesawat untuk pergi ke Singapura dan dari sana mereka akan menaiki pesawat lain ke merata dunia. MAS akan mati beragan. Kerana itu permohonan AirAsia telah ditolak. Apabila Badawi pulang daripada percutiannya, dia minta Tengku Adnan yang merupakan Menteri Pelancongan menyiapkan satu kertas kerja pelancongan, membabitkan MAS, Air Asia, SIA dan sebagainya. Ketika Badawi mempengerusikan sidang Kabinet dia telah meminta Tengku Adnan mengeluarkan Kertas ‘Cabinet Paper’ Orang dalam ada menyebut betapa kertas kabinet itu adalah satu perkara luar biasa – kerana itu semua yang ada telah terkejut beruk. Namun, kumpulan dungu yang menganggotai kabinet telah meluluskannya. Permohonan AirAsia dimakbulkan dan sebagai imbuhan Tengku Adnan dapat bertanding sekali lagi di Putrajaya. Tetapi di sinilah munculnya perkara yang menyayat hati. Sejurus AirAsia terbang sektor KL-Singapura, mereka telah mengeluarkan tiket ‘percuma’ sebanyak 300,000 keping’ dengan nilai 5 sen sekeping tiket dan bermacam-macam lagi hadiah dan gimiknya. Khabarnya Singapura bertanggungjawab mengeluarkan biaya untuk semua gimik yang mahal harganya. SIA yang rugi sekitar RM40 juta daripada jangkaan keuntungan sektor KL-Singapura masih mampu menanggungnya. Kerana AirAsia telah menyalurkan penumpang daripada KL ke Changi sebagai penumpang transit bagi SIA. Ini dilakukan dengan mengenakan cuma RM19 untuk menaiki bas daripada KL ke KLIA. Daripada KLIA para penumpang sebenarnya terbang percuma ke Changi. Daripada Changi mereka boleh terbang ke mana sahaja di pelusuk dunia. Kini AirAsia membuat satu harapan baru - mereka mahu terbang terus daripada Kucing, KK, Penang, Alor Setar, Kota Bharu dan banyak lagi terus ke Changi. Mereka akan menerima lebih banyak subsidi daripada Singapura. KLIA akan mati beragan tidak lama lagi. Tetapi MAS yang akan tersungkur terlebih dahulu. Demikianlah hikayat si papa kedana menjadi kaya-raya. Selama ini kita anggap Tony Fernandez sebagai manusia hebat. Sedangkan para pemegang saham AirAsia adalah Kamaludin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (termasuk Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez, dan sebagainya. Memanglah kita akur dengan dasar langit terbuka, saingan dan sebagainya. Akan tetapi kisah ini membabitkan Perdana Menteri, anak lelakinya, anak menantunya, dan segala kroni beliau. Bagaimanakah mereka tergamak menggadaikan negara ini. Tetapi inilah yang sebenarnya mereka lakukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment